News in July - August


ROW : Rabak On Weekend


ROW : Rabak On Weekend adalah klip video sesi jamming bersiri yang ditayangkan secara percuma di laman Youtube. Video ROW ini akan ditayangkan setiap minggu dan terdapat 21 video bersiri dalam musim pertama ini. Band yang terlibat seperti Corak, Nepotist, Kuka, Paint Bucket, Pipevolume, Grass By dan Noughty Little Lily. Jangan lupa ikuti mereka dalam ROW : Rabak On Weekend setiap minggu ! Untuk maklumat lanjut sila klik : ROW : Rabak On Weekend

_______________________________________________________________________

PENYERAHAN SUMBANGAN ANAK YATIM

Klang - Pada 17 Ogos 2012, Bagi menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan anak yatim, sedikit kutipan daripada hasil penjualan Album Kompilasi 'Wasteland Fairytale' telah disalurkan ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah. Kami dari Rabak Record ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada yang telah membeli dan menyokong album kompilasi ini. Dalam kita berhibur di dunia, dapat juga kita beramal untuk akhirat. 

_______________________________________________________________________

MAJLIS IFTAR RABAK RECORD

RR Crew & Artist sedang menanti juadah berbuka.
Shah Alam - Pada 16 Ogos 2012, Rabak Record telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan artis di Nasi Kukus Timur. Ia bertujuan untuk perbincangan yang berbangkit mengenai perancangan akan datang. Acara diteruskan berjalan sambil membeli-belah di Uptown Shah Alam untuk sedikit persiapan Hari Raya masing-masing dan sesi berjamming di Studio Sys-ex di Subang. 

_______________________________________________________________________

BERBUKA PUASA BERSAMA 'NESS TONG' 

RR Crew & Artist with Ness Tong (green shirt).
USJ SS2 - Pada 08 Ogos 2012, krew dan artis Rabak Record telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Mohd Fakarudin 'Ness Tong' di Restoran Murni SS2. Tujuan acara ini diadakan bagi mengeratkan tali persahabatan dalam menjalankan ibadah puasa bagi umat islam. Acara diteruskan dengan sesi berjamming lagu-lagu raya di Standing Wave Studio & Productions SS15 Subang, yang turut ada pada malam itu Encik Seha pemain drum untuk Round Robin. Acara dilanjutkan hingga ke waktu sahur di Restoran Muneer, Klang. 
_________________________________________________________________

CORAK, BAYAR ZAKAT

New Virtual demo
- Himpunan 'Pop' Gerabak
Corak sedang mengumpul ilham, susun atur lagu sebanyak mungkin yang ingin dikongsikan pada kawan-kawan mereka di internet. "Sekarang ni harap maklumlah, radio pun ada politik, aku pernah bersembang dengan seorang pemuzik jalanan di KL Sentral, Meor Yusof Aziddin. Dia pernah cakap pada aku, radio pun banyak politik, dia dah buat album, daftar MACP, tapi mereka nak RM2,000, dia cakap baik dia terus main di jalanan", jelas penyanyi Corak berdasarkan pengalamannya. Walau bagaimanapun mereka mengharapkan lagu Corak dapat dimainkan untuk kawan-kawan sahaja. Untuk muat turun Virtual demo baru mereka secara PERCUMA : mediafire
_______________________________________________________________________

DAPATKAN BEBERAPA LAGI, NLL


New demo EP - Get Some More
NLL (Noughty Little Lily) sedang bersiap sedia dengan latihan untuk show akan datang. Jumpa mereka di show seterusnya di KL, Penang dan Melaka pada tahun ini. Dalam pada masa yang sama, mereka sedang mempromosikan demo EP terbaru "Get Some More" yang telah dipasarkan May lepas dengan harga RM5 sahaja, cara untuk mendapatkannya boleh menghubungi Rabak Record atau terus melalui mereka di facebook.
_______________________________________________________________________